Isnin, 12 Oktober 2015

Hanya kamu...abah

Hmm..bila mood rajin dtg mcm2 nak dibuat,tp bila mood malas tiba apa pun x boleh. Last time aku berkongsi cerita pasal arwah mak aku. Hari ini aku ingin berkongsi cerita pasal arwah abah aku pula. Abah..sentiasa kemas tiap masa , dgn tubuh yg kurus tp tegap (bkn sado ya..hehe) kalau pakai bj mesti ta'in smart tau..seorg yg garang dan tegas bekas soja la katakan. Sebab tu kami adik beradik gelarkan abah 'general'. Gerun kan. Kalau hitam kata abah hitam la,xde putih ke biru ke merah ke. Tp yg penting aku xpernah kena marah dgn arwah. Masa kecik org panggil aku ank amid. Pasai aku suka ikut abah g lepak dgn kekwn dia. Kalau abah x bwk satu umah dgar suara aku menjerit menangis meraung raung. Nak xnak kena la angkut aku kan... Bagi aku mana abah pergi dia kena bwk aku. Kalau sehari aku xbau ketiak abah boleh demam la . Sebab itu aku selalu tido bwh ketiak abah sampai depa kata aku terbantot sebab dok bwh ketiak je. Ada ke mcm tu. Ala dengki la tu kan. Paling best bila demam. Dpt mkn yg sedap2 tau. Mintak je mesti dpt so adk beradik yg lain gigit jari je la. Part ni mmg best sgt. Aku ank perempuan yg last so bila mak aku pregnant lg aku jd gabra. Aku x suka dpt adk perempuan . Nanti aku tak dpt lagi hak 'keistimewaan'aku. So bila time mak aku nak bersalin aku siap ckp if baby girl aku x mau. Bg org. If baby boy ok. (Mcm jahat kan) mmg pun haha. Bila mak bersalin semua ckp baby girl,aku menangis semahunya. Aku x mau tgk mak n baby. Aku menyorok sampai tetido. Akhirnya bila abah terjumpa aku dia ckp baby boy aku tersenyum puas. Senyum jahat. Tp senyum puas aku x berpanjangan...bila dpt tau mak pregnant lg. Makcik aku kata ini pregnant terbabas.. pelik kan. Iya la time tu mak dah berumur dah pun. Kiranya tereksiden la ni hahaha.... pun perangai aku tetap sama xmau baby girl. Tp yg ini mak aku bersalin x cukup bulan. Nasib dpt baby boy lg. Abah tetap sayang aku dan hak keistimewaan aku tetap ada. Bila mak meninggal, tinggal la abah dengan adk aku. Tp aku kerap blk tgk mereka. Bila tiba suatu masa makcik aku kata abah nak kawin aku jd takut. Aku x izin kan. Tp adk beradik yg lain ok je. Mcm2 nasihat makcik aku bg. Tp bg aku ,jika abah kawin tentu dia xsyg aku lg. Tamak ke aku? Bg aku keadaan pasti berubah. Aku mampu jaga abah la. Tp makcik aku kata walau aku kerap blk x sama mcm seorg isteri jaga suami. Puas aku fikir. Akhirnya aku setuju juga walau terpaksa. Bila setuju je wah dgn segera persiapan dibuat. Ini bermakna abah hanya tunggu persetujuan dr aku la. Sedih lepaskan abah pd org lain. Walaupun diawal penerimaan tidak seperti diharapkan tp alhamdulillah semuanya berjalan baik selepas itu. Tangan tua abah masih kuat.. gigih berkebun. Hinggalah suatu hari bila abah mengadu sakit bila hendak membuang air kecik. Dr situ bermacam penyakit yg hadir dlm hidup abah. Abah x lg kuat mcm dulu. Disebabkan sepjg hidup abah x pernah sakit kalau ada cuma demam sj so abah mmg susah hendak tinggal dihospital. Puas dipujuk baru dia mengalah. Sejak itu hospital rumah kedua bg kami. Hinggalah suatu hari, betul2 sejarah dlm hidup aku. Buat pertama kali abah memarahi aku dan memaki aku. Aku betul2 xdpt terima hakikat. Perit,pedih,sayu,sebak...semuanya bercampur baur. Mana hilang abah aku. Xsyg kah dia pd aku lg. Aku hanya mampu melangkah pergi bila abah sendiri xmau tengok aku. Aku hilang arah,aku seperti layang2 yg terputus tali. Airmata mengalir tanpa henti...laju. Betul ke tu abah aku? Aku merajuk pd yg x sudi. Putus cinta pun x mcm ni perasaan aku. Tp rajuk aku x berpjgan bila aku dpt berita yg betul2 meragut separuh nyawa aku. Abah sudah pergi meninggalkan aku buat selamanya. Sewaktu kakak aku menjaga abah waktu aku merajuk abah ada ckp nak mintak cuti kat doctor sebab nak blk rumah. Abah juga sudah memaafkan semua kesalahan anak2 nya. Cuma aku terkilan kenapa aku begitu bodoh dan terlalu ikut perasaan. Abah buat begitu supaya aku tidak terasa akan kehilangan dia. Abah saja buat begitu. Abah dah tahu dia akan pergi tinggalkan aku. Abah.... Abah maafkanlah segala dosa adk. Adk doa kan semoga abah dan mak tenang disana disisi mereka yg beriman. Al-Fatihah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan