Isnin, 12 Oktober 2015
Hanya kamu...abah
Hmm..bila mood rajin dtg mcm2 nak dibuat,tp bila mood malas tiba apa pun x boleh. Last time aku berkongsi cerita pasal arwah mak aku. Hari ini aku ingin berkongsi cerita pasal arwah abah aku pula. Abah..sentiasa kemas tiap masa , dgn tubuh yg kurus tp tegap (bkn sado ya..hehe) kalau pakai bj mesti ta'in smart tau..seorg yg garang dan tegas bekas soja la katakan. Sebab tu kami adik beradik gelarkan abah 'general'. Gerun kan. Kalau hitam kata abah hitam la,xde putih ke biru ke merah ke. Tp yg penting aku xpernah kena marah dgn arwah. Masa kecik org panggil aku ank amid. Pasai aku suka ikut abah g lepak dgn kekwn dia. Kalau abah x bwk satu umah dgar suara aku menjerit menangis meraung raung. Nak xnak kena la angkut aku kan... Bagi aku mana abah pergi dia kena bwk aku. Kalau sehari aku xbau ketiak abah boleh demam la . Sebab itu aku selalu tido bwh ketiak abah sampai depa kata aku terbantot sebab dok bwh ketiak je. Ada ke mcm tu. Ala dengki la tu kan.
Paling best bila demam. Dpt mkn yg sedap2 tau. Mintak je mesti dpt so adk beradik yg lain gigit jari je la. Part ni mmg best sgt.
Aku ank perempuan yg last so bila mak aku pregnant lg aku jd gabra. Aku x suka dpt adk perempuan . Nanti aku tak dpt lagi hak 'keistimewaan'aku. So bila time mak aku nak bersalin aku siap ckp if baby girl aku x mau. Bg org. If baby boy ok. (Mcm jahat kan) mmg pun haha. Bila mak bersalin semua ckp baby girl,aku menangis semahunya. Aku x mau tgk mak n baby. Aku menyorok sampai tetido. Akhirnya bila abah terjumpa aku dia ckp baby boy aku tersenyum puas. Senyum jahat.
Tp senyum puas aku x berpanjangan...bila dpt tau mak pregnant lg. Makcik aku kata ini pregnant terbabas.. pelik kan. Iya la time tu mak dah berumur dah pun. Kiranya tereksiden la ni hahaha.... pun perangai aku tetap sama xmau baby girl. Tp yg ini mak aku bersalin x cukup bulan. Nasib dpt baby boy lg.
Abah tetap sayang aku dan hak keistimewaan aku tetap ada.
Bila mak meninggal, tinggal la abah dengan adk aku. Tp aku kerap blk tgk mereka. Bila tiba suatu masa makcik aku kata abah nak kawin aku jd takut. Aku x izin kan. Tp adk beradik yg lain ok je. Mcm2 nasihat makcik aku bg. Tp bg aku ,jika abah kawin tentu dia xsyg aku lg. Tamak ke aku? Bg aku keadaan pasti berubah. Aku mampu jaga abah la. Tp makcik aku kata walau aku kerap blk x sama mcm seorg isteri jaga suami. Puas aku fikir. Akhirnya aku setuju juga walau terpaksa. Bila setuju je wah dgn segera persiapan dibuat. Ini bermakna abah hanya tunggu persetujuan dr aku la. Sedih lepaskan abah pd org lain. Walaupun diawal penerimaan tidak seperti diharapkan tp alhamdulillah semuanya berjalan baik selepas itu.
Tangan tua abah masih kuat.. gigih berkebun. Hinggalah suatu hari bila abah mengadu sakit bila hendak membuang air kecik. Dr situ bermacam penyakit yg hadir dlm hidup abah. Abah x lg kuat mcm dulu. Disebabkan sepjg hidup abah x pernah sakit kalau ada cuma demam sj so abah mmg susah hendak tinggal dihospital. Puas dipujuk baru dia mengalah. Sejak itu hospital rumah kedua bg kami.
Hinggalah suatu hari, betul2 sejarah dlm hidup aku. Buat pertama kali abah memarahi aku dan memaki aku. Aku betul2 xdpt terima hakikat.
Perit,pedih,sayu,sebak...semuanya bercampur baur. Mana hilang abah aku. Xsyg kah dia pd aku lg. Aku hanya mampu melangkah pergi bila abah sendiri xmau tengok aku. Aku hilang arah,aku seperti layang2 yg terputus tali. Airmata mengalir tanpa henti...laju.
Betul ke tu abah aku? Aku merajuk pd yg x sudi.
Putus cinta pun x mcm ni perasaan aku.
Tp rajuk aku x berpjgan bila aku dpt berita yg betul2 meragut separuh nyawa aku. Abah sudah pergi meninggalkan aku buat selamanya. Sewaktu kakak aku menjaga abah waktu aku merajuk abah ada ckp nak mintak cuti kat doctor sebab nak blk rumah. Abah juga sudah memaafkan semua kesalahan anak2 nya. Cuma aku terkilan kenapa aku begitu bodoh dan terlalu ikut perasaan. Abah buat begitu supaya aku tidak terasa akan kehilangan dia. Abah saja buat begitu. Abah dah tahu dia akan pergi tinggalkan aku. Abah....
Abah maafkanlah segala dosa adk. Adk doa kan semoga abah dan mak tenang disana disisi mereka yg beriman. Al-Fatihah. Amin.
Sweet kek for besday boy
Hah...nampak x kek tu.hahhah kek tu my sis yg buat. Aku?? Aku tukang carca marba kan kek tu ajer. Kek ni my sis buat untuk besday anak buah kami. Habis n sedap. Tu je dpt diperkatakan. Kemain suka bila si besday boy tgk kek upe camtu.All guest yg dtg(mak2 ya) tanya tempah kat ne? ( Hehe dlm hati cam kembang gak..xsangka kek camtu ada gaya tempah kat kedai ke) My sis asyik semyum simpul je,..suka la tu ada org puji. Aku ckp homemade wokeh. Ok kat bwh ni gambar besday boy. Hensem x?

Rabu, 26 Ogos 2015
My lovely family.
Aku bersyukur lahir dalam keluaga ini. Nak tahu kenapa, sebab walau macam mana sekali kami ni bermasam muka siap kau kutuk aku,aku kutuk kau tp bila bekumpul adk beradk hilang perasaan marah + marah + marah(mcm marah bebebo), x tau kemana menghilang perasaan tu. Yg ada gelak ketawa...siap mengilai lg. Hahaha...
Mungkin itu yg diwarisi dr kedua org tua aku.
Aku ni anak yatim piatu,arwah mak pergi meninggalkan aku sewaktu aku amat memerlukan perhatian seorang ibu. Sebab aku dgn arwah rapat. Macam kekawan. Aku suka rujuk dulu pd arwah apa pun yg aku nak buat. Sampai semua bofren aku arwah kenal. Maklumlah org tua kan pandai tilik...opps!!
If arwah kata ok aku on je..if arwah xberkenan aku slow talk la dgn mamat tu kan..
Tp apa yg selalu arwah bg nasihat atau pendapat mesti betul,kasih ibu la katakan. Ank dara dia ni pun bkn betul sgt..(ehh..bkn giler tau) hahahha.
Masih aku ingat kali terakhir aku bersama arwah. Time tu raya puasa tau.
Disebabkan aku ank manja so tiap kali blk kg mesti aku ditimang timang, dipeluk dicium,dibelai sampai mkn pun bersuap,tido pun bwh ketiak tp tidak kali ini. Hati mula pedih rasa kecewa tertanya tanya nape xde layanan first class ni. Sebak jangan ckp lah..meleleh je airmata. Tp arwah tetap buat dekk je. Ishh...sakit hati ni. Buat macam aku x wujud je.
Pagi raya ...lepas bersalam salaman aku kuatkan hati bertanya.."mak nape mak xlayan adk..mak xsuka adk blk ke.."
" mak ni layan sama je..penatlah. adk ni bila la nak belajar masak,nanti jd bini org susah."
"Ala..mak ni nanti belajar la ngan mak. Xpun cari la laki yg pandai masak,kan senang"
" nanti tu bila, besok kalau mak xda mcm mana?"
"Eh..mak nak g mana lak..paling kuat mak dtg kl tgk adk je hahah"
Aku tengok mak..aikk lain macam je pandangan dia. Marah la tu.
"Iyalah mak..adk belajar ya.mak ajar nanti ek. Tp kan adk besok dah kena blk tau..cuti x pjg tp lepas seminggu adk cuti lagi"
Mak hanya menganguk. Aku terus peluk kuat kuat rindu beb. Baru sehari dia buat dekk ...bleh sasau tau.
Besok time nak blk tetiba mak ckp..
" dik,mintak blk rantai ngan gelang mak tu.."
"Eh,mak ni..kedekut la. Dah lama kan adk pakai."
" mintak je lah. Beli sendiri kalau nak sangat."
"Ishh...apa ni mintak balik buruk siku la.."
" ini harta pusaka..mintak"
Aku pun pulang la blk. Sentap tu ada la. Tp betul gak barang dia kan. Awak tu meminjam je. Kali ni mak peluk aku byk kali..lama pulak tu. Berpuluh kali pesan kat aku jaga diri, jaga solat,jgn nakal,simpan duit. Jgn sedih bila rindu kat dia, siap ckp kalau rindu kat dia tengok bintang pastu ckp kat bintang suh sampaikan rindu pd dia. Ishh ...pelik pelik.
Selepas aku blk nak jdkan cerita bil telifon kena potong,lupa bayar. Aduh,dah la semua kedai tutup pasal br raya ke2. Aku pun call pakai public phone ckp dah sampai. Hari aku bekerja..entah saka apa yg rasuk aku, asyik tegelak gelak je. Kekawan ckp cikit aku bantai gelak. Bukan lawak pun. Diaorang semua heran..siap ckp ko gelak la byk sgt jgn sok menangis. Aku bantai gelak lagi.
Tengah syok tido aku dengar org panggil aku. Aku buka mata..aku pandang sekeliling..eh apa hal ramai lam bilik aku ni.
"Dik,bangun la...nak ckp td kat tempat keje pak cik ko call ckp mak ko dah x ada"
" adeh..mak aku g mana pulak. Xkan dia dtg sini."
"Dik, bersabar ya,mak dah meninggal" sayup sayup je aku dengar.
"Ishh...mak aku ada br smlm aku jumpa dia,korang apa hal"
" betul dik mak dah meninggal pg td"
MAKKKKKKKKKK......itu je aku tau.
Kelam kabut cari transpot blk...tp aku bersyukur sempat kucup arwah mak buat kali terakhir.
Bila difikir...patutlah arwah berkelakuan pelik sebab arwah nak pergi tinggal kan aku buat selamanya.
Untuk arwah..adk hadiahkan Al-Fatihah . Moga mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.
Langgan:
Ulasan (Atom)