Rabu, 26 Ogos 2015
My lovely family.
Aku bersyukur lahir dalam keluaga ini. Nak tahu kenapa, sebab walau macam mana sekali kami ni bermasam muka siap kau kutuk aku,aku kutuk kau tp bila bekumpul adk beradk hilang perasaan marah + marah + marah(mcm marah bebebo), x tau kemana menghilang perasaan tu. Yg ada gelak ketawa...siap mengilai lg. Hahaha...
Mungkin itu yg diwarisi dr kedua org tua aku.
Aku ni anak yatim piatu,arwah mak pergi meninggalkan aku sewaktu aku amat memerlukan perhatian seorang ibu. Sebab aku dgn arwah rapat. Macam kekawan. Aku suka rujuk dulu pd arwah apa pun yg aku nak buat. Sampai semua bofren aku arwah kenal. Maklumlah org tua kan pandai tilik...opps!!
If arwah kata ok aku on je..if arwah xberkenan aku slow talk la dgn mamat tu kan..
Tp apa yg selalu arwah bg nasihat atau pendapat mesti betul,kasih ibu la katakan. Ank dara dia ni pun bkn betul sgt..(ehh..bkn giler tau) hahahha.
Masih aku ingat kali terakhir aku bersama arwah. Time tu raya puasa tau.
Disebabkan aku ank manja so tiap kali blk kg mesti aku ditimang timang, dipeluk dicium,dibelai sampai mkn pun bersuap,tido pun bwh ketiak tp tidak kali ini. Hati mula pedih rasa kecewa tertanya tanya nape xde layanan first class ni. Sebak jangan ckp lah..meleleh je airmata. Tp arwah tetap buat dekk je. Ishh...sakit hati ni. Buat macam aku x wujud je.
Pagi raya ...lepas bersalam salaman aku kuatkan hati bertanya.."mak nape mak xlayan adk..mak xsuka adk blk ke.."
" mak ni layan sama je..penatlah. adk ni bila la nak belajar masak,nanti jd bini org susah."
"Ala..mak ni nanti belajar la ngan mak. Xpun cari la laki yg pandai masak,kan senang"
" nanti tu bila, besok kalau mak xda mcm mana?"
"Eh..mak nak g mana lak..paling kuat mak dtg kl tgk adk je hahah"
Aku tengok mak..aikk lain macam je pandangan dia. Marah la tu.
"Iyalah mak..adk belajar ya.mak ajar nanti ek. Tp kan adk besok dah kena blk tau..cuti x pjg tp lepas seminggu adk cuti lagi"
Mak hanya menganguk. Aku terus peluk kuat kuat rindu beb. Baru sehari dia buat dekk ...bleh sasau tau.
Besok time nak blk tetiba mak ckp..
" dik,mintak blk rantai ngan gelang mak tu.."
"Eh,mak ni..kedekut la. Dah lama kan adk pakai."
" mintak je lah. Beli sendiri kalau nak sangat."
"Ishh...apa ni mintak balik buruk siku la.."
" ini harta pusaka..mintak"
Aku pun pulang la blk. Sentap tu ada la. Tp betul gak barang dia kan. Awak tu meminjam je. Kali ni mak peluk aku byk kali..lama pulak tu. Berpuluh kali pesan kat aku jaga diri, jaga solat,jgn nakal,simpan duit. Jgn sedih bila rindu kat dia, siap ckp kalau rindu kat dia tengok bintang pastu ckp kat bintang suh sampaikan rindu pd dia. Ishh ...pelik pelik.
Selepas aku blk nak jdkan cerita bil telifon kena potong,lupa bayar. Aduh,dah la semua kedai tutup pasal br raya ke2. Aku pun call pakai public phone ckp dah sampai. Hari aku bekerja..entah saka apa yg rasuk aku, asyik tegelak gelak je. Kekawan ckp cikit aku bantai gelak. Bukan lawak pun. Diaorang semua heran..siap ckp ko gelak la byk sgt jgn sok menangis. Aku bantai gelak lagi.
Tengah syok tido aku dengar org panggil aku. Aku buka mata..aku pandang sekeliling..eh apa hal ramai lam bilik aku ni.
"Dik,bangun la...nak ckp td kat tempat keje pak cik ko call ckp mak ko dah x ada"
" adeh..mak aku g mana pulak. Xkan dia dtg sini."
"Dik, bersabar ya,mak dah meninggal" sayup sayup je aku dengar.
"Ishh...mak aku ada br smlm aku jumpa dia,korang apa hal"
" betul dik mak dah meninggal pg td"
MAKKKKKKKKKK......itu je aku tau.
Kelam kabut cari transpot blk...tp aku bersyukur sempat kucup arwah mak buat kali terakhir.
Bila difikir...patutlah arwah berkelakuan pelik sebab arwah nak pergi tinggal kan aku buat selamanya.
Untuk arwah..adk hadiahkan Al-Fatihah . Moga mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.
Langgan:
Ulasan (Atom)